WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Kolesterol Tinggi Bukan Masalah Orang Tua Saja – Ini Cara Turunkan! W115

14 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2026, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.

Bersama penceramah kita kali ini iaitu, Penceramah: Dr Shahira binti Ghulam Akbar Hussain, Pegawai Perubatan, MRIC Healthcare akan memberi penjelasan tentang masalah kolesterol tinggi. Kalau umur masih 20–40-an tapi kolesterol dah mula naik, jangan buat-buat tak tahu. Ramai tak sedar gaya hidup harian — makan, stress, kurang gerak — semua main peranan! Webinar ini sesuai untuk semua peringkat usia termasuklah golongan muda — jangan tunggu sakit baru nak jaga kesihatan.

Jom dengar perkongsian terus daripada doktor tentang:
✔️ Kenapa kolesterol boleh tinggi walaupun badan nampak “ok”
✔️ Cara turunkan kolesterol dengan selamat & realistik
✔️ Mitos vs fakta pasal ubat kolesterol

Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberikan pengetahuan baru tentang penyakit kolesterol tinggi dan tanda-tanda awalnya. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali